Thursday, August 18

Memasyarakatkan Universiti

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

Kisah 21 Mei 2016 yang lalu.

Kebiasaannya, aktiviti JJMK - Jalan-Jalan Masuk Kampung dilakukan bersama-sama aktivis ngo Wargakilang.  Berbekalkan pengalaman memerhatikan perjalanan program yang dianjurkan itu, maka, sahabat sejabatan mengusulkan kami melakukannya di peringkat UiTM Pulau Pinang.  

Alhamdulillah, ianya pengalaman pertama mengendalikan program ini di peringkat jabatan dengan kerjasama dari Pejabat Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni UiTM Pulau Pinang dan ngo Wargakilang.  Proses saringan penerima sumbangan diserahkan kepada wakil ngo mengikut kriteria yang mereka tetapkan. 

antara sumbangan untuk keluarga penerima

Antara matlamat program adalah untuk memupuk budaya ‘mengambil peduli’ di kalangan warga kampus dengan keadaan masyarakat yang dihimpit kesusahan terutamanya menjelang ramadhan dan syawal serta meningkatkan kerjasama dan jaringan warga UiTM bersama masyarakat dan aktivitis masyarakat.

doa agar dipermudahkan perjalanan

Konvoi JJMK ini disertai oleh hampir 40 warga UiTM bersama ahli keluarga masing-masing dengan sebuah bas dan lebih 15 buah kenderaan persendirian.





Semangat kerjasama semasa jjmk boleh diibaratkan seperti berada di dalam saf solat.  Saf solat yang tidak mengira pangkat, kedudukan dan status.  Masing-masing sama-sama menghulurkan tangan mengangkat barang sumbangan untuk diagihkan kepada keluarga asnaf.

JJMK ini adalah lambang kasih-sayang, keprihatinan dan kerendahan diri dari para peserta untuk menyantuni asnaf. Asnaf rata-ratanya adalah penoreh getah orang, ibu-ibu tunggal serta ada ketua keluarga yang diuji dengan penyakit lumpuh separuh badan, sakit saraf dan sebagainya.

sama-sama menapak ke rumah asnaf

menanti pengagihan

up close to nature

Anak-anak 'bandar' dapat merasai sendiri suasana kampung.

antara kediaman asnaf yang dikunjungi

group photo
Seeing is believing.  

Tidak perlu menuding jari kepada orang itu dan ini kerana tidak melaksanakan tugas mereka dengan masih adanya orang-orang miskin.  Tanyalah kepada diri sendiri, apakah sumbangan yang telah diberikan.  Let's be the doer.  Adanya fakir miskin ini adalah 'ujian' kepada yang berada untuk menginfaqkan harta kepada mereka yang memerlukan.  Di celah-celah harta kita itu ada hak mereka. Lihatlah di sekeliling, jadilah insan yang perihatin.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin